
Citadel: Diana (2024)
← Back to main
Scott Nemes — Executive Producer
Episodes 6
Terbahagi Dua
2030: di Milan yang suram dan dikawal ketat, Diana dan Luca menyertai misi ke Lugano bagi mengintip pertukaran senjata berkuasa. Tidak jauh dari situ, Edo Zani, pewaris Manticore Itali, perlu bertindak balas terhadap cadangan tidak diduga daripada ketua Manticore Perancis, Cecile. Dalam imbas kembali, Diana menyiasat kematian ibu bapanya yang mencurigakan dan bertemu dengan Gabriele, ejen Citadel.
Read MorePeperangan
Diana dan Edo mengikat perjanjian rahsia dan mengambil langkah pertama, tetapi mereka memandang rendah reaksi ganas Cecile. Semasa Manticore Itali diserang, Ettore Zani perlu masuk campur untuk menghentikan perang daripada meletus. Dalam imbas kembali, Diana menyelesaikan latihannya dengan Gabriele dan menjadi ejen Citadel.
Read MoreBersama-sama
Ettore menghantar Edo dan Diana ke Sicily dalam misi sensitif yang mengancam pakatan mereka. Namun, di bawah matahari terik Mediterranean, kedua-duanya mendapati mereka bukan sekadar dihubungkan oleh matlamat masing-masing. Lapan tahun sebelum itu, Diana menyusup masuk ke Manticore dan melaksanakan misi pertamanya.
Read MoreKeluarga Zani
Diana ditangkap dan mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Ettore pula terpaksa membuat keputusan sukar untuk memulihkan kuasa Manticore Itali, apabila kenangan tentang hari hubungannya dengan Edo hancur selama-lamanya kembali muncul.
Read MoreSerang
Edo mengetuai sekumpulan ejen dalam serangan ke atas ibu pejabat Manticore Perancis di Paris. Semasa Diana hampir memperoleh senjata tersebut, dia terpaksa memilih pihak yang diwakilinya, seperti pilihan yang terpaksa dibuat lapan tahun sebelumnya, pada malam Citadel dimusnahkan.
Read MoreJupiter
Semasa Diana mempertimbangkan pilihannya, Edo mengusahakan senjata baharu yang berkuasa. Ettore cuba mendekati anaknya dengan menggunakan muslihat mengejut yang terakhir. Dalam imbas kembali, Keluarga Zani meratapi pemergian Enrico manakala Diana menyedari dia merupakan satu-satunya ejen Citadel yang masih hidup.
Read More