Kehidupan keluarga aristokrat Crawley dan pembantu rumah mereka di Downtown Abbey berubah selamanya apabila kekaraman Titanic meninggalkan estet mereka tanpa waris.
Ketibaan bakal pewaris Matthew Crawley menggemparkan Downton sementara ibunya yang sememangnya daripada kelas pertengahan, Isobel, bercanggah pendapat dengan Violet.
Cubaan Cora untuk menjadi telangkai gagal apabila Mary jatuh cinta bukan pada Napier yang kaya, tetapi rakannya Pamuk, seorang atase Turki, dan menimbulkan akibat buruk.
Di pesta tahunan, Puan Hughes bertemu bekas pelamar yang membuat dia mempersoalkan kedudukannya di Downton. Violet dan Isobel bersengketa tentang Molesley.
Ketika kampung itu bersedia untuk pesta bunga tahunan, Isobel dan Violet berkelahi. Mary bertemu seorang pelamar berpotensi, tetapi dia masih menyukai Matthew.
Sybil dalam bahaya apabila meletusnya pergaduhan di mesyuarat politik yang dia hadir secara rahsia. Adik-beradiknya menyedari penyelamatan Matthew yang berani.
Cora membuat penemuan yang memporak-perandakan isu harta pusaka. Didesak oleh mak ciknya, Mary membuat Matthew tertunggu-tunggu untuk jawapan kepada lamarannya.
Dua tahun setelah Perang Dunia Pertama bermula, hidup di Downton Abbey berubah sepenuhnya ketika pemuda keluar berperang — atau mengelaknya — dan impian romantik hancur.
Countess balu itu memutuskan untuk mendedahkan rahsia Lavinia, tetapi adakah Mary akan membantu? Kecemasan tercetus apabila Branson menawarkan pertolongan.
Perang akhirnya tamat, tetapi Mary rasa tertekan untuk menyelamatkan keluarga daripada skandal. Pengunjung Kanada mendakwa dia ada hubungan dengan keluarga Grantham.
Dengan harapan nenek Amerika dapat menyelesaikan masalah kewangannya, Mary berkomplot dengan Violet untuk memastikan Downton akan membuat persembahan terbesar.
Hari penting Edith akhirnya tiba, tetapi bolehkah keluarganya diyakinkan bahawa umur Strallan tidak penting? Mary bertindak sendiri untuk menangani keadaan.
Branson mendapati dirinya dicemuh kerana pandangan politiknya. Kesetiaan Sybil diuji. Ethel yang berbelah-bagi perlu membuat keputusan tentang masa depan anaknya.