
Mr. Robot (2015)
← Back to main
Rami Malek — Producer
Episodes 23
eps3.0_mod-penyelamatan.h
Elliot berusaha untuk menggagalkan Stage 2 sementara Darlene cuba memahami hal yang sebenar. Apabila kuasa dipulihkan di bandar, motif individu terbongkar.
Read Moreeps3.1_undur.gz
Joanna Wellick mendedahkan kisahnya. Darlene terperangkap dalam situasi berbahaya. Elliot menuju ke E Corp sementara Mr. Robot muncul dalam beberapa situasi.
Read Moreeps3.2_legasi.so
Wajah yang disangkakan sudah tiada kini kembali. Selepas hidup bersendirian di hutan, lelaki ini bertemu dengan Elliot dalam imbasan kembali hari penggodaman Five/Nine.
Read Moreeps3.3_metadata.par2
Apabila Stage 2 dilaksanakan, Elliot membiarkan dirinya diekori dengan Darlene sebagai pengintip sementara Mr. Robot menghadiri pertemuan rahsia. Dom bernasib baik.
Read Moreeps3.4_ralat-waktu-jalan.r00
Dark Army melancarkan Stage 2 apabila kehuru-haraan tercetus di E Corp. Elliot dan Angela yang paranoid kelam-kabut melepaskan diri.
Read Moreeps3.5_matikan-proses.inc
Elliot bersemuka dengan Angela tentang kaitannya dengan Dark Army dan bergegas untuk menghalang Stage 2. FBI semakin menghampiri sasaran yang diburu.
Read Moreeps3.6_fredrick+tanya.chk
Ekoran daripada serangan, Mr. Robot berdepan dengan detik penentuan, Whiterose meneruskan rancangan dan dua ahli fsociety terperangkap dalam komplot yang tragis.
Read Moreeps3.7_jangan-padam-saya.ko
Kecewa dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ini, Elliot cuba menghapuskan fail lama dan melepaskan diri — tetapi pertembungan tidak diduga merosakkan rancangannya.
Read Moreeps3.8_peringkat3.torrent
Elliot cuba memahami mesej rahsia sementara Mr. Robot bertemu dengan sekutu lama. Darlene mencuba strategi lain tetapi dia berdepan dengan situasi yang berisiko.
Read Morepenutupan –r
Di bangsal, mereka menangani seorang perisik dan Ellio membuat tawaran kepada Dark Army. Five/Nine mungkin berakhir tetapi banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.
Read More401 Tiada Kebenaran
Elliot dan Mr. Robot merancang komplot apabila Whiterose menghantar peringatan tentang sesuatu yang berisiko. Darlene sukar menerima kenyataan dan Dom menjadi paranoid.
Read More402 Bayaran Diperlukan
Kehilangan menyatukan Elliot dan Darlene. Dom berpura-pura di hadapan FBI. Elliot berkomplot dengan musuh lama yang membuat permintaan mengejut kepada Whiterose.
Read More403 Terlarang
Imbasan kembali mendedahkan sejarah Whiterose. Pada masa kini, dia tidak lagi dapat bersabar apabila Elliot menjalinkan hubungan pada Malam Krismas.
Read More404 Tidak Ditemui
Selepas berdepan dengan askar Dark Army, Elliot dan Tyrell menelusuri hutan yang dingin. Darlene melakukan perjalanan bersama Santa yang susah hati.
Read More405 Kaedah Tidak Dibenarkan
Elliot dan Darlene kelam-kabut melaksanakan pecah masuk yang rumit sementara beban kerja Dom bertambah semasa Krismas angkara Dark Army.
Read More406 Tidak Diterima
Semua orang mahu menangkap Elliot apabila misinya bertambah rumit pada setiap masa. Sementara itu, Dom berasa tertekan dan Krista diikat.
Read More407 Pengesahan Proksi Diperlukan
Selepas melaksanakan lima tindakan, Vera membuat tawaran, Mr. Robot turut serta dan sesi terapi merungkaikan trauma Elliot yang terpendam.
Read More408 Permintaan Tamat Masa
Ketika nyawa mereka dipertaruhkan, Janice menyukarkan keadaan Darlene dan Dom. Selepas pergi ke ruang selamat zaman kanak-kanaknya, Elliot cuba meneruskan kehidupan.
Read More409 Kemelut
Malam pertemuan Kumpulan Deus tiba. Cita-cita tinggi dan pertarungan sengit berlaku semasa Krismas apabila fsociety memulakan permainan kuasa.
Read MoreHelo, Elliot
Demi mengecapi kehidupan yang diimpikan oleh semua orang, Elliot akhirnya berdepan dengan realiti rumit bagi situasi yang dialami.
Read More