
Touch Your Heart (2019)
← Back to main
Jin So-yeon as Yeo Reum's legal secretary
Episodes 16
Yun Seo Goes to a Law Firm
Selepas suatu skandal, seorang pelakon ditawarkan watak peguam untuk kemunculan semulanya -- dengan satu syarat: bekerja di sebuah firma guaman selama tiga bulan.
Read MoreSe Won Comes to Seoul
Di parti bersama rakan sekerja, Oh Yun-seo memabukkan diri sehingga dia meluahkan rasa kecewa terhadap bosnya. Yoo Yeo-reum bertemu cinta lama di tempat kerja.
Read MoreYun Seo's First Case
Sikap penuh emosi Yun-seo terbukti berguna dalam kes pro bono yang melibatkan seorang gadis sekolah menengah yang dituduh menipu rakan-rakan sekelasnya.
Read MoreStudying Together
Yun-seo cemburukan keupayaan seorang wanita lain membuat bosnya tersenyum. Kwon Jung-rok mendapat tahu kes mengendap baharunya ada persamaan dengan masa silam Yun-seo.
Read MoreMurder or Self-defense
Setelah Jung-rok dipilih mewakili Im Yun-hui terhadap pertuduhan membunuh suaminya, dia dan Yun-seo bersiar-siar memandu untuk berbicara secara bersemuka.
Read MoreJung Rok and Yun Seo Investigate the Case
Lif rosak mewujudkan suasana romantis. Pencarian bukti oleh Jung-rok dan Yun-seo di tempat kejadian jenayah tiba-tiba bertukar menjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Read MoreJung Rok's Confession
Jung-rok yang tiada pengalaman cinta meminta nasihat daripada Kim Se-won. Tekanan kerja Yeo-reum memberikan kesan buruk. Yun-seo bertembung dengan pesaing lama.
Read MoreAlways Law Firm Holds a Workshop
Yun-seo mendapat tahu kebenaran mengejutkan tentang masa silam Jung-rok. Seorang rakan sekerja menyelamatkan Dan Mun-hui. Kakitangan firma pergi untuk percutian bermalam.
Read MoreA Special Date
Yang Eun-ji menerima panggilan daripada polis tentang anak perempuannya. Yun-seo dan Jung-rok gembira menemui sisi baharu mereka, namun ada ancaman yang tersembunyi.
Read MoreA Mysterious Man
Mun-hui cuba menahan daripada jatuh cinta. Yun-seo sedar seorang lelaki mengekorinya dan bersemuka dengannya. Seorang ahli keluarga Jung-rok meminta bantuan perundangan.
Read MoreGang Joon Approaches Yun Seo
Yun-seo memberitahu Jung-rok kebenaran tentang skandalnya dan bertegas dengan pengintipnya. Mun-hui mengubah penampilan untuk meraikan hari lahir orang yang disukainya.
Read MoreYun Seo Will Act Again
Se-won mendapat tahu kaitan antara Jeong Ji-ho dengan Lee Kang-jun. Mun-hui menerima jemputan daripada orang yang disukainya. Percintaan Yun-seo dan Jung-rok terbongkar.
Read MoreJung Rok's New Case
Yun-seo kembali menjalani kehidupan pelakon yang sibuk. Mun-hui dan Choe Yun-hyeok mencuba temu janji kontrak. Kes Im Yun-hui kembali menghantui Jung-rok.
Read MoreJung Rok's Resignation
Ketegangan antara Jung-rok dan Yeon Jun-gyu memuncak. Pengurus Yun-seo mengakui perkara sebenar kepadanya. Lee Du-seop meraih kejayaan dalam kes Im Yun-hui.
Read MoreJung Rok Gets Jealous
Yun-hyeok melihat Mun-hui seronok bermain dengan ukulele miliknya -- tetapi dengan lelaki lain. Jung-rok resah tentang adegan ciuman yang akan difilemkan oleh Yun-seo.
Read MoreYun Seo Makes a Comeback
Yun-seo memanfaatkan masa bersama Jung-rok sebelum penggambaran selama sebulan di luar negara. Yun-hyeok bimbang akan sikap Mun-hui yang sering kali berubah hati.
Read More