
Fruits Basket (2019)
← Back to main
石上静香 as Minami Kinoshita (voice)
Episodes 19
Jumpa Selepas Sekolah Bersurai
Tohru Honda, seorang pelajar sekolah menengah yang hampir kehilangan kediaman terjumpa rumah rakan sekolahnya yang segak dan membuat persetujuan untuk kebaikan bersama.
Read MoreMereka Semua Binatang!
Apabila Tohru mengetahui rahsia keluarga Soma, ketua keluarga mempertimbangkan semula keputusan untuk dia tinggal dengan mereka dan mengugut untuk memadamkan ingatannya.
Read MoreAyuh Main "Orang Kaya, Orang Miskin"!
Kelas Tohru memutuskan untuk menjual bebola nasi semasa pesta kebudayaan. Tohru menggunakan permainan untuk membantu Kyo merasa selesa tetapi ini membuat Yuki cemburu.
Read MoreMungkin Kami Patut Melawat Tanpa Diundang
Pakaian songsang Yuki sangat popular di pesta. Tohru terjumpa Hatori yang melambangkan bintang naga dan tertanya-tanya sama ada dia akan memadamkan ingatannya.
Read MoreYuki Cinta Pertamaku
Perlumbaan di sekolah menghantui fikiran Kyo kerana dia bertekad untuk menewaskan Yuki. Tohru pula berjumpa saudara Soma yang mempunyai personaliti yang berbagai-bagai.
Read MoreLagi Pun, Hari ini Hari Kekasih
Selepas mendapat tahu Hari Valentine bakal tiba, Kyo cuba melarikan diri dari kelasnya. Setelah sekolah tamat, Tohru mendapat tahu punca perasaan takut yang dialami Kyo.
Read MoreRumah Penginapan yang Indah
Selesai sudah peperiksaan, Momiji menjemput Tohru, Yuki dan Kyo untuk menyambut Hari Putih di kolam air panas. Shigure mendapat tahu sebab Tohru kekurangan duit.
Read MoreJangan Pijak, Katanya!
Selepas melihat baju renang Tohru, Arisa merancang untuk membelikan Tohru baju yang lebih cantik dan mengajak keluarga Soma pergi membeli-belah bersamanya.
Read MoreAku Tidak Pernah Menolak Perlawanan Kuasa
Motoko dan kelab peminat "Putera Yuki" mengunjungi rumah Saki atas alasan untuk menemuduganya tetapi matlamat sebenar mereka adalah untuk menghapuskan Tohru.
Read MoreKerana Aku Gembira Waktu Itu
Gadis muda bernama Saki sering mendapat gangguan suara. Gangguan ini menyebabkan Saki menemui kuasa tersembunyi di dalam dirinya tetapi membawa masalah di sekolah.
Read MoreMusim Panas Akan Tiba Tidak Lama Lagi
Kazuma meninggalkan rumah bersama Tohru secara senyap-senyap tanpa menyedari Kyo mengekorinya. Sementara itu, Yuki mesti menghadapi gejolak emosi dalam dirinya.
Read MoreHelo Sekali Lagi
Selepas hampir setahun di rumah Shigure, Tohru meneruskan kehidupan dengan gembira sementara Yuki memulakan tugas majlis pelajar dan bertemu ahli kelab baharunya.
Read MoreSudah Tentu
Semester baharu bermula dan Yuki belajar cara menangani ahli majlis pelajar yang aneh sementara dia berdepan dengan kelemahan dirinya.
Read MoreSaya Pasti Awak akan Begitu
Tohru dan rakannya tiba di Kyoto untuk lawatan kelas dan cinta mekar tetapi bukan untuk semua orang. Kemudian, dia dan Kyo meluangkan masa bersama.
Read MoreTidak Mungkin!
Rin bangun di rumah Shigure dan melihat Tohru yang risau di sisinya. Berasa marah dengan Tohru yang mahu membantu, dia akhirnya mendedahkan perasaan sebenarnya.
Read MoreAwak Okey?
Kelas Tohru memutuskan untuk membuat persembahan teater di pesta sekolah. Yuki dan Kakeru mendapati bilik majlis pelajar dalam kekacauan dengan Machi keseorangan di situ.
Read MoreIni Bukan yang Saya Mahukan
Kakeru mendengar luahan Yuki tentang perasaannya terhadap kebaikan Tohru. Kemudian, Tohru mengalami kesukaran untuk menyelami peranannya sebagai kakak tiri yang jahat.
Read MoreSeperti Cinderella
Tabir diangkat untuk teater ala "Cinderella" sekolah dengan persembahan luar biasa daripada barisan pelakon termasuk Saki sebagai watak utama yang lapar.
Read MoreItulah Kebenarannya
Tatkala Tohru dan seluruh kelasnya sibuk membuat persiapan untuk majlis pengijazahan, dia bergelut untuk bercakap tentang maklumat yang baru diketahuinya.
Read More