
Fruits Basket (2019)
← Back to main
藤井ゆきよ as Megumi Hanajima (voice)
Episodes 4
Jumpa Selepas Sekolah Bersurai
Tohru Honda, seorang pelajar sekolah menengah yang hampir kehilangan kediaman terjumpa rumah rakan sekolahnya yang segak dan membuat persetujuan untuk kebaikan bersama.
Read MoreMereka Semua Binatang!
Apabila Tohru mengetahui rahsia keluarga Soma, ketua keluarga mempertimbangkan semula keputusan untuk dia tinggal dengan mereka dan mengugut untuk memadamkan ingatannya.
Read MoreAyuh Main "Orang Kaya, Orang Miskin"!
Kelas Tohru memutuskan untuk menjual bebola nasi semasa pesta kebudayaan. Tohru menggunakan permainan untuk membantu Kyo merasa selesa tetapi ini membuat Yuki cemburu.
Read MoreDia Lahir Tahun Berapa?
Perilaku Kagura Soma yang pemalu bertukar secara mendadak menjadi ganas apabila dia ternampak Kyo. Tohru tertanya-tanya lambang bintang Kagura.
Read MoreAku Salah Faham
Setelah pembinaan rumah Tohru selesai, masa untuk Tohru tinggal bersama keluarga Soma juga berakhir tetapi tidak semua yang gembira dengan berita ini.
Read MoreMungkin Kami Patut Melawat Tanpa Diundang
Pakaian songsang Yuki sangat popular di pesta. Tohru terjumpa Hatori yang melambangkan bintang naga dan tertanya-tanya sama ada dia akan memadamkan ingatannya.
Read MoreDatangnya Musim Bunga
Tohru pergi ke kediaman utama keluarga Soma untuk berjumpa dengan Hatori. Semasa bersama Hatori, dia tersadung dan teringat semula tentang pembantu Hatori bernama Kana.
Read MoreJumpa Nanti Apabila Kau Kembali
Selepas menolak jemputan rakannya untuk menyambut Tahun Baru bersama, Tohru mendapat tahu bahawa keluarga Soma tidak akan ada di rumah dan dia ditinggalkan bersendirian.
Read MoreYuki Cinta Pertamaku
Perlumbaan di sekolah menghantui fikiran Kyo kerana dia bertekad untuk menewaskan Yuki. Tohru pula berjumpa saudara Soma yang mempunyai personaliti yang berbagai-bagai.
Read MoreLagi Pun, Hari ini Hari Kekasih
Selepas mendapat tahu Hari Valentine bakal tiba, Kyo cuba melarikan diri dari kelasnya. Setelah sekolah tamat, Tohru mendapat tahu punca perasaan takut yang dialami Kyo.
Read MoreRumah Penginapan yang Indah
Selesai sudah peperiksaan, Momiji menjemput Tohru, Yuki dan Kyo untuk menyambut Hari Putih di kolam air panas. Shigure mendapat tahu sebab Tohru kekurangan duit.
Read MoreNampaknya Kau Sedang Berseronok
Dua pelajar baharu bernama Hatsuharu dan Momiji membuat berita sensasi apabila sekolah bermula. Tohru pula bertembung dengan ketua keluarga Soma.
Read MoreApa Khabar, Saudaraku?
Selepas pertemuan yang tidak baik antara Tohru dan seekor ular, Yuki membawa ular itu pulang dan memaksa Shigure memasaknya. Shigure mengecam ular itu saudara jauhnya.
Read MoreItu Rahsia
Ulang tahun kematian ibu Tohru yang pertama membuat situasi tegang antara Yuki dan Kyo. Momiji menceritakan rahsia yang kurang senang mengenai ibunya kepada Tohru.
Read MoreBukan Begitu Sebenarnya
Shigure membawa semua orang ke rumah tepi tasik dengan niat yang tersembunyi. Sementara itu, lawatan baru-baru ini ke kubur Kyoko masih membuat mereka rasa janggal.
Read MoreJangan Pijak, Katanya!
Selepas melihat baju renang Tohru, Arisa merancang untuk membelikan Tohru baju yang lebih cantik dan mengajak keluarga Soma pergi membeli-belah bersamanya.
Read MoreIni Untuk Uo
Uotani menceritakan kepada keluarga Soma semasa dia bertandang ke rumah Tohru dan mendapati keluarga yang rapat. Akan tetapi, cerita seterusnya agak sukar untuk dikongsi.
Read MoreYang Penting Ialah...
Semasa hujan lebat, Tohru ternampak Hatsuharu dan berjumpa Kisa Soma dalam bentuk harimau. Kecomelan Kisa tidak menggambarkan masalah yang dia alami di sekolah dan rumah.
Read MoreAku Minta Maaf!
Tohru berjumpa Ritsu Soma, lambang monyet dalam keluarga ini. Ritsu gemar dengan gaya pakaian yang tertentu. Kenakalan Shigure akhirnya membuat Mitsuru mengamuk.
Read MoreTidak Sangka Kau Mengutipnya
Tohru berjumpa dengan Hiro Soma tetapi persahabatan mereka tergendala apabila Hiro mencuri sesuatu yang penting daripada Tohru kerana dia cemburu.
Read MoreAku Tidak Pernah Menolak Perlawanan Kuasa
Motoko dan kelab peminat "Putera Yuki" mengunjungi rumah Saki atas alasan untuk menemuduganya tetapi matlamat sebenar mereka adalah untuk menghapuskan Tohru.
Read MoreKerana Aku Gembira Waktu Itu
Gadis muda bernama Saki sering mendapat gangguan suara. Gangguan ini menyebabkan Saki menemui kuasa tersembunyi di dalam dirinya tetapi membawa masalah di sekolah.
Read MoreKau Kelihatan Sihat...
Tohru gagal buat kali pertama dalam peperiksaan dan jatuh sakit akibat emosinya terganggu. Rakannya merawatnya tetapi bantuan mereka membuatnya merasa serba salah.
Read MoreAyuh Pulang
Kazuma, tokoh bapa dan guru seni bela diri kepada Kyo akhirnya pulang. Kyo sangat teruja untuk bersamanya di dojo tetapi Kazuma mempunyai idea yang lebih besar.
Read MoreMusim Panas Akan Tiba Tidak Lama Lagi
Kazuma meninggalkan rumah bersama Tohru secara senyap-senyap tanpa menyedari Kyo mengekorinya. Sementara itu, Yuki mesti menghadapi gejolak emosi dalam dirinya.
Read MoreHelo Sekali Lagi
Selepas hampir setahun di rumah Shigure, Tohru meneruskan kehidupan dengan gembira sementara Yuki memulakan tugas majlis pelajar dan bertemu ahli kelab baharunya.
Read MoreMakan Somen dengan Rakan-rakan
Pelajar tahun kedua merenungkan masa depan mereka dan pilihan kehidupan yang patut dibuat. Manakala, Tohru mengikuti Kyo melawat Kazuma di dojo untuk makan tengah hari.
Read MorePatut Kita Tukar Baju Awak?
Demi memahami abangnya, Yuki menghadapi masa silamnya dan yang mengejutkan, bersetuju untuk melawat butik ranggi Ayame dengan Tohru.
Read MoreSaya Ditinggalkan…
Yuki dan Kyo bergesa untuk menghalang Haru yang mengamuk di bilik darjah selepas dia berpisah dengan seorang gadis bernama Rin.
Read MoreTunggu Saya, Tororo Soba!
Ketika percutian musim panas bermula, Uotani bertemu rakan baharu yang meminatinya. Manakala, Tohru dan yang lain menemui jalan yang mengerikan untuk mengatasi kepanasan.
Read MoreAwak Benar-benar Sebodoh Ini?
Momiji membuat rancangan untuk pergi ke pantai dengan Tohru dan ahli zodiak. Rin melawat Shigure di rumahnya.
Read MoreMari Mulakan Pertandingan Belah Tembikai!
Selepas menerima berita gembira tentang adik baharu Hiro, Tohru mempertimbangkan kesedihan yang menyelubungi ahli keluarga zodiak. Akito muncul secara mengejut.
Read MoreIa Benar, Bukan?
Kagura mendapat tahu yang Shigure mempelawa Akito, dan Hatori memeriksa Tohru dan Kyo yang meluangkan masa bersama. Yuki memutuskan untuk melupakan masa silamnya.
Read MoreSangat Berharga
Tohru memikirkan keluarga Soma selepas bertemu kuda zodiak. Akito memanggil Kyo yang tiada keyakinan namun perasaannya pada Tohru membuat dia mahu melawan semula.
Read MoreSiapa Awak?
Tohru berikrar untuk membalas budi keluarga Soma. Akito menghadapi sifat sebenar Shigure, kemudian mengunjungi Tohru dengan marah dan mendedahkan peranannya dalam zodiak.
Read MoreMilik Saya
Ketika pulang, Tohru meluahkan isi hatinya tentang Kyo, Akito dan pembatalan sumpah zodiak kepada Kazuma. Kagura membawa Kyo berjanji temu sebelum berbual dengan serius.
Read MoreAwak Menangis Kerana Saya
Cinta lama Mayuko yang tidak dibalas dan hubungannya dengan keluarga Soma didedahkan selepas Shigure mengunjungi kedai buku keluarga Mayuko.
Read MoreSudah Tentu
Semester baharu bermula dan Yuki belajar cara menangani ahli majlis pelajar yang aneh sementara dia berdepan dengan kelemahan dirinya.
Read MoreLebih Baik Saya Mati, Kemudian…
Perjumpaan ibu bapa dengan guru Tohru menjelang tetapi belakang datuknya sakit maka Shigure menawarkan untuk hadir. Kemudian, Yuki bertembung dengan Kagura.
Read MoreJumpa Awak Nanti
Tohru mahu bekerja selepas habis sekolah tetapi Soma dan rakannya risau yang dia memikul terlalu banyak beban.
Read MoreTanya Dia untuk Saya
Sementara cuba memberanikan diri untuk memasuki rumah keluarga Soma dan melihat jika orang yang disukai Uotani ialah Kureno Soma, Tohru mendengar muzik indah dari dalam.
Read MoreSaya Pasti Awak akan Begitu
Tohru dan rakannya tiba di Kyoto untuk lawatan kelas dan cinta mekar tetapi bukan untuk semua orang. Kemudian, dia dan Kyo meluangkan masa bersama.
Read MoreAwak Mahu Cium?
Gagal mencari jalan untuk membatalkan sumpahan keluarga, Rin mengambil langkah terdesak. Kemudian, dia tersalah anggap orang lain sebagai Tohru dan melalui gangguan jiwa.
Read MoreTidak Mungkin!
Rin bangun di rumah Shigure dan melihat Tohru yang risau di sisinya. Berasa marah dengan Tohru yang mahu membantu, dia akhirnya mendedahkan perasaan sebenarnya.
Read MoreAwak Okey?
Kelas Tohru memutuskan untuk membuat persembahan teater di pesta sekolah. Yuki dan Kakeru mendapati bilik majlis pelajar dalam kekacauan dengan Machi keseorangan di situ.
Read MoreSaya Pasti Ada
Yuki mengingati detik dia bertemu Akito untuk kali pertama, hari-hari yang mereka luangkan bersama dan peristiwa menakutkan ketika rakannya mengamuk.
Read MoreIni Bukan yang Saya Mahukan
Kakeru mendengar luahan Yuki tentang perasaannya terhadap kebaikan Tohru. Kemudian, Tohru mengalami kesukaran untuk menyelami peranannya sebagai kakak tiri yang jahat.
Read MoreSeperti Cinderella
Tabir diangkat untuk teater ala "Cinderella" sekolah dengan persembahan luar biasa daripada barisan pelakon termasuk Saki sebagai watak utama yang lapar.
Read MoreAwak di Sini
Majlis pelajar merancang parti akhir tahun tetapi Machi menolak pelawaan Yuki. Yuki memberikan lokasi pertemuan sekiranya dia merubah fikirannya.
Read MoreSaya Dah Berubah
Tohru berharap yang Kureno akan menyedari perasaan Uotani terhadapnya selepas menonton rakaman teater itu. Dia meninggalkan Akito di katil untuk menontonnya seorang diri.
Read MoreSaya Adakan Jamuan Lagi
Kureno memberitahu Tohru kebenaran yang mengejutkan bahawa Akito dibesarkan sebagai lelaki oleh ibunya lantas memberitahu sebab dia tidak boleh meninggalkan Akito.
Read MoreItulah Kebenarannya
Tatkala Tohru dan seluruh kelasnya sibuk membuat persiapan untuk majlis pengijazahan, dia bergelut untuk bercakap tentang maklumat yang baru diketahuinya.
Read MoreHarap Salji Turun Nanti
Satu khabar angin tersebar di sekolah bahawa Machi dihalau dari rumah sewaktu kecil kerana cuba membunuh adik lelakinya. Yuki berasa tidak percaya.
Read MoreSaya... Pulang.
Hatsuharu nampak dingin apabila Yuki bertanya tentang kemasukan Rin ke hospital. Kemudian, dia terserempak dengan Hiro yang memberitahu bahawa Rin belum pulang ke rumah.
Read MoreBukankah Awak Sudah Tahu?
Lonjakan pertumbuhan Momiji mengejutkan kawan dan rakan sekolahnya. Hatori menegur cara Shigure melayan Akito yang duduk di biliknya.
Read MoreItu Sangat Bodoh
Shigure memberitahu Rin yang sedang berehat bahawa sumpahan itu pasti akan terungkai. Tohru yang terdengar pendedahan itu bimbang akan nasib Kyo.
Read MoreBetul, Memang Kosong
Ingatan tragis Kyo yang telah lama terpendam muncul dan menghantuinya. Semasa bercakap dengan Shigure, Ren menjelaskan perasaan obsesifnya terhadap Akira.
Read MoreSaya Kecewa dengan Awak
Kyo menyoal Tohru tetapi takut untuk mendengar jawapannya. Dia memberitahu bahawa dia mengenali ibu Tohru dan mereka bertemu semasa kecil selepas dia dijaga oleh Kazuma.
Read MoreSiapa Nama Awak?
Yuki mencari lokasi Kyo. Akito menyalahkan Tohru atas kesepian yang dialaminya dan mengancam Tohru dengan pisau tetapi Tohru tetap cuba memahaminya.
Read MoreSaya cuma Cintakan Dia
Selepas dia dan Saki terserempak dengan Akito di hospital, Uotani bercakap dengan Kureno. Yuki menyoal Kyo tentang sebab dia tidak pergi melawat Tohru.
Read MoreSelamat Tinggal
Walaupun telah berjanji kepada diri sendiri, Tohru menjauhi Kyo selepas keluar dari hospital. Kyo yang tidak terkesan mengejar dia dan akhirnya memberitahu perasaannya.
Read MoreAwak Berjuang dengan Baik
Selepas keluar dari rumah, Yuki bertemu dengan Machi dan mengalami penglihatan yang luar biasa. Akito mendedahkan rahsianya kepada ahli zodiak yang berkumpul.
Read MoreJumpa Lagi Nanti
Tatkala Tohru dan Kyo bersedia untuk permulaan baharu, dia berasa terharu dengan kenangan indahnya. Yuki meluangkan masa dengan Machi sebelum memasuki kolej.
Read More