
Handsome Siblings (2020)
← Back to main
毛林林 as Yao Yue
Episodes 44
Episode 10
Selepas terserempak dengan Wuque di Gunung Emei, Xiaoyu terpedaya oleh muslihat Dua Belas Bintang dan terjumpa pencari harta karun lain.
Read MoreEpisode 11
Wuque membuat penemuan yang mengejutkan dan bersedia untuk menepati janjinya kepada Yaoyue, tetapi Xinlan bertekad untuk menghalang.
Read MoreEpisode 15
Yulang berkali-kali gagal membunuh Xiaoyu dan tiba di kampung halamannya sambil dirantai dengan penemannya yang menjengkelkan. Xuanyuan Sanguang menyelamatkan Xiaoyu.
Read MoreEpisode 16
Jiang Biehe yang licik menawarkan untuk menjaga Xiaoyu. Di kediaman Jiang, Xiaoyu berasa curiga dan menemui satu rahsia.
Read MoreEpisode 17
Semasa melarikan diri, Xiaoyu memperbaiki kemahiran seni bela diri dan menjadi tukang masak – dan kelak menemui satu konspirasi yang melibatkan Yulang dan Tie Wushuang.
Read MoreEpisode 12
Xiaoyu bersetuju untuk membantu seseorang dan terperangkap di sebuah istana bawah tanah yang aneh. Di sana dia berjumpa Jiang Yulang, orang gaji dengan agenda rahsia.
Read MoreEpisode 18
Selepas menemui kaitan Yulang dengan Pasukan Pengiring Shuangshi, Xiaoyu bertembung dengan Duan San, anak perempuan pedagang terkemuka Duan Hefei.
Read MoreEpisode 13
Semasa melepaskan diri daripada cengkaman Xiao Mimi, Xiaoyu dan Yulang menemui buku panduan seni bela diri. Wuque bertemu dua orang yang boleh menjelaskan masa lalunya.
Read MoreEpisode 19
Di kediaman Duan, Jiang Biehe dan Wuque mengepung Xiaoyu. Xinlan terjebak dalam satu konspirasi menentang Tie Wushuang.
Read MoreEpisode 20
Xiaoyu menyamar dan memperdayakan pengkomplot Tie Wushuang dan mendedahkan muslihat jahat Jiang Yulang, tetapi Jiang Biehe masih satu langkah ke hadapan.
Read MoreEpisode 14
Wuque berikrar untuk membantu Xinlan mencari kebenaran tentang ayahnya, Tie Zhan, si Singa Berang. Xiaoyu mencabar Xuanyuan Sanguang dalam satu pertaruhan yang berani.
Read MoreEpisode 21
Penyelamat Xiaoyu membantunya untuk menjauhkan Jiang Biehe. Syak wasangka Wuque terhadap Xiaoyu menimbulkan perselisihan dengan Xinlan.
Read MoreEpisode 22
Xiaoyu memikirkan satu rancangan untuk membantu membebaskan Murong Jiu dari rumah pelacuran. Xinlan bersemuka dengan seorang lelaki yang ada kaitan dengan masa silamnya.
Read MoreEpisode 23
Semasa nyawa Tie Zhan dalam bahaya, Wuque mula mengesyaki Jiang Biehe. Zhang Jing dan Xiaoyu bertembung lagi.
Read MoreEpisode 27
Wuque dan Xiaoyu bergabung tenaga untuk mendedahkan Jiang Biehe. Xiaoyu meminta Yan Nantian agar tidak membunuh Wuque.
Read MoreEpisode 28
Berita persahabatan Wuque dan Xiaoyu sampai ke Istana Yihua. Yan Nantian bertembung dengan Jiang Biehe, yang memperdayakannya untuk membuat janji yang akan dikesalinya.
Read MoreEpisode 24
Selepas meyakinkan Hei Zhizhu untuk membantunya mendedahkan Jiang Biehe, Xiaoyu terjumpa satu benda yang akan membuktikan kebersalahan Jiang Biehe kepada Wuque.
Read MoreEpisode 29
Lelaki yang mengaku sebagai Wei Wuya mengarahkan Yulang mencari Murong Jiu. Xiaoyu berasa jijik oleh tindakan wanita bertopeng itu dan merancang untuk melepaskan diri.
Read MoreEpisode 30
Wuque membantu Yan Nantian mengawal Wei Mayi, Yulang mencabar Xuanyuan Sanguang dalam satu pertaruhan dan Xiaoyu bersemuka dengan pengikut Wei Wuya.
Read MoreEpisode 31
Yulang mengikuti Tie Pinggu ke kediamannya. Ouyang bersaudara memberitahu Xiaoyu tentang harta karun yang berkaitan dengan masa silamnya.
Read MoreEpisode 32
Yan Nantian terpedaya dengan muslihat berbahaya Yulang. Xiaoyu memulakan satu pencarian berbahaya untuk mencari dan bersemuka dengan Wei Wuya.
Read MoreEpisode 33
Jiang Biehe membuat tawaran kepada Wei Wuya untuk mengalahkan Yaoyue bersama-sama. Wuque membuat Yaoyue marah dengan merayu agar Xinlan tidak dibunuh.
Read MoreEpisode 34
Xiaoyu memikirkan satu muslihat untuk membebaskan diri. Xinlan bertarung dengan Yulang dan terperangkap – dengan Wuque.
Read MoreEpisode 25
Jiang Biehe menemui Murong Jiu dan menyalahkan Xiaoyu kerana berkomplot untuk menentangnya. Kawan-kawan Xiaoyu dari Ngarai Hina melawatnya.
Read MoreEpisode 35
Murong Jiu mendapat ingatannya semula. Selepas menolak Xinlan, Wuque bertembung dengan Su Ying, yang mempunyai agenda tersembunyi.
Read MoreEpisode 36
Wei Mayi menculik Xiaoyu dan meminta Su Ying untuk menunjukkan Telapak Penukar Jed Yihua. Xiaoyu mendesak Yulang untuk mendapatkan maklumat kedudukan Wuque.
Read MoreEpisode 26
Keadaan berubah menjadi buruk bagi Sepuluh Penyangak apabila Yan Nantian semakin sembuh. Jiang Biehe dan Yulang berkomplot untuk membunuh Tie Zhan.
Read MoreEpisode 37
Yulang berjanji untuk menyerahkan Wuque jika Xiaoyu makan satu pil racun. Su Ying menyelamatkan nyawa Xinlan.
Read MoreEpisode 38
Yaoyue melepaskan Tie Pinggu dan mengarahkan Xiaoyu untuk menepati janjinya – untuk bertarung dan membunuh Wuque.
Read MoreEpisode 39
Wuque terdengar rancangan Jiang Biehe untuk membunuh Xiaoyu di Istana Wuya. Punca dendam Wei Wuya terhadap Yaoyue terbongkar.
Read MoreEpisode 40
Yan Nantian menyelesaikan persengketaan dengan Jiang Biehe, Tie Pinggu membalas dendam kepada Yulang dan Wei Wuya memerangkap Xiaoyu, Lianxing dan Yaoyue di bawah tanah.
Read MoreEpisode 41
Xiaoyu, Lianxing dan Yaoyue mengakali Wei Wuya, yang mempunyai satu muslihat terakhir. Sepuluh Penyangak datang ke majlis perkahwinan Murong Jiu dan Hei Zhizhu.
Read MoreEpisode 42
Selepas penyatuan semula yang penuh tangisan dengan Xiaoyu, Yan Nantian mendedahkan identiti sebenar Jiang Biehe. Tie Pinggu menemui ayahnya.
Read MoreEpisode 43
Sementara Xiaoyu kelam-kabut untuk mencari jalan keluar daripada masalah antara hidup atau matinya, Su Ying memilih untuk masuk campur bagi pihaknya.
Read MoreEpisode 44
Lianxing terkial-kial semasa mencuba untuk mengubah fikiran Yaoyue. Yaoyue mendedahkan rancangan jahatnya, tetapi kelak mendapat tahu kekejaman tidak setanding akal.
Read More