
Season 1 (2017)
← Back to season list
Episodes 52
Episode 10
Hye-yeng dan Jeong-hwan tinggal bersama. Jun-yeong mengambil ujian perkhidmatan awam dan berikrar untuk memberitahu ibu bapanya tentang Yu-joo yang semakin tidak sabar.
Read MoreEpisode 11
Yu-joo memperkenalkan dirinya kepada ibu bapa Jun-yeong. Cincin yang hilang membawa Yeong-sil, Bok-nyeo dan anak-anak mereka ke stesen polis.
Read MoreEpisode 12
Bersedia untuk menyaman, Hye-yeong menyuruh Bok-nyeo untuk meminta maaf kepada Yeong-sil. Yu-joo bertemu keluarga Jun-yeong sebagai ahli keluarga baharunya.
Read MoreEpisode 13
Jeong-hwan meminta maaf bagi pihak ibunya. Jung-hui singgah di kedai Han-soo untuk minum alkohol, tetapi pergi dalam keadaan marah selepas melihat keluarga bahagia.
Read MoreEpisode 14
Jung-hui yang memerlukan pengalaman berkeluarga yang sebenar untuk peranannya membuat permintaan mengejutkan. Rahsia tergempar di sebalik identiti Han-soo terbongkar.
Read MoreEpisode 15
Han-soo cuba meyakinkan Yeong-sil untuk membenarkan Jung-hui menyertai rumah tangga mereka. Bok-nyeo muncul tanpa amaran di apartmen Jeong-hwan dan Hye-yeong.
Read MoreEpisode 16
Berita tentang anak lelaki Han-soo mengejutkan anak-anaknya. Kod pintu Jeong-hwan yang diubah dan sikapnya ketika janji temu buta menimbulkan kecurigaan Bok-nyeo.
Read MoreEpisode 17
Tinggal bersama sebagai adik-beradik tiri, Mi-yeong mengelak Jung-hui di tempat kerja. Yu-joo menawarkan Jun-yeong pilihan lain selain mencari rumah mereka sendiri.
Read MoreEpisode 18
Hye-yeong bersemuka dengan Yu-joo. Mi-yeong bertemu Jun-yeong untuk memberitahu dia tentang masa silam Yu-joo. Ra-yeong melihat Jeong-hwan dan Hye-yeong bersama-sama.
Read MoreEpisode 19
Mi-yeong meminta jawatan lain. Sejarah tragik Lee Yun-seok dijelaskan. Yeong-sil dan Bok-nyeo mendapat tahu tentang hubungan anak-anak mereka.
Read MoreEpisode 20
Hye-yeong menjadi sasaran kekecewaan dan kemarahan keluarganya. Wawancara Jung-hui tentang ayahnya mengubah fikiran Mi-yeong.
Read MoreEpisode 21
Hye-yeong mengejutkan semua orang dengan pendiriannya tentang perkahwinan. Jeong-hwan berasa jijik apabila dia mendapat tahu peranan Bok-nyeo dalam perpisahannya dahulu.
Read MoreEpisode 22
Tidak bersetuju tentang masa depan mereka, Jeong-hwan dan Hye-yeong berpisah. Jung-hui membelanja adik tirinya di salun untuk majlis perkahwinan Jun-yeong dan Yu-joo.
Read MoreEpisode 23
Mahu melarikan diri daripada masalahnya, Jeong-hwan memohon untuk tugasan di luar negara. Jung-hui dan Han-soo berbual dari hati ke hati sambil minum alkohol.
Read MoreEpisode 24
Bok-nyeo merayu Hye-yeong untuk bantu mencari Jeong-hwan. Jung-hui dipuji di set penggambaran untuk lakonannya. Ra-yeong menjadi kekasih pertama Cheol-su.
Read MoreEpisode 25
Hye-yeong bersetuju untuk mengahwini Jeong-hwan, tetapi dengan satu syarat. Jun-yeong berasa tidak dikasihi oleh Han-soo jika dibandingkan dengan kasihnya untuk Jung-hui.
Read MoreEpisode 26
Hye-yeong dan Jeong-hwan meminta restu ibu bapa mereka. Mi-yeong mengganti seorang pelakon. Jung-hui melihat dengan resah di sisinya.
Read MoreEpisode 27
Jung-hui melindungi Mi-yeong apabila dia terlibat dalam khabar angin yang dia bercinta dengan Jin Seong-jun. Bok-nyeo bersetuju dengan syarat.
Read MoreEpisode 28
Majlis makan malam formal antara keluarga Hye-yeong dan Jeong-hwan berakhir dalam kekacauan. Jung-hui meraikan hari jadi pertamanya dengan keluarga Han-soo.
Read MoreEpisode 29
Jung-hui terkejut dengan perasaannya terhadap Mi-yeong. Bok-nyeo dan Yeong-sil berbaik semula demi Jeong-hwan dan Hye-yeong.
Read MoreEpisode 30
Hye-yeong dan Jeong-hwan berkahwin. Cha Gyu-taek sudah tidak tahan dengan Bok-nyeo. Mi-yeong meninggalkan kesan kucupan pada wajah Jung-hui.
Read MoreEpisode 31
Bok-nyeo berasa tertipu apabila Hye-yeong memasang pintu di tingkat atas. Yu-joo tidak berehat untuk menyiapkan kerjanya. Seong-jun mengajak Mi-yeong untuk berjanji temu.
Read MoreEpisode 32
Han-soo gelabah apabila Jung-hui bertanya tentang masa silamnya. Bok-nyeo memanfaatkan kecederaan lengannya untuk membalas dendam terhadap Hye-yeong.
Read MoreEpisode 33
Kisah Jung-hui dan Han-soo diketahui orang ramai. Hye-yeong dipaksa untuk memenuhi pelbagai permintaan Bok-nyeo di dalam dan luar rumah.
Read MoreEpisode 34
Hye-yeong meluahkan kekecewaannya terhadap penipuan Bok-nyeo dan persubahatan Jeong-hwan. Ibu Jung-hui kembali ke Korea dan meminta untuk bertemu Han-soo.
Read MoreEpisode 35
Selepas An Su-jin memasuki rumah mereka tanpa izin, Yeong-sil meminta Han-soo pergi. Hye-yeong mengingatkan Bok-nyeo tentang kontrak mereka. Ayah Cheol-su berkompromi.
Read MoreEpisode 36
Hye-yeong bergegas ke sisi Bok-nyeo apabila dia telefon dari hospital. Jung-hui menyedari perbezaan ketara antara kisah Su-jin dan Han-soo.
Read MoreEpisode 37
Hye-yeong memarahi Gyu-taek atas tingkah lakunya terhadap Bok-nyeo. Yu-joo pengsan di tempat kerja. Berasa semakin curiga, Jung-hui menguji DNA dia dan Han-soo.
Read MoreEpisode 38
Gyu-taek berpisah dengan Bok-nyeo dan berpindah keluar. Setelah menerima salinan ujian DNA, Yeong-sil bergegas ke rumah Jung-hui.
Read MoreEpisode 39
Mengetahui kebenaran, Jung-hui bersemuka dengan Han-soo. Hye-yeong dan Jeong-hwan membawa Gyu-taek pulang. Yu-joo merenungkan kehilangannya.
Read MoreEpisode 40
Dibantu Hye-yeong, Bok-nyeo memulakan rancangan untuk mengubah fikiran Gyu-taek. Kata-kata biadab Jung-hui dan tindak balas ibu bapa mereka mengelirukan adik-beradik itu.
Read MoreEpisode 41
Ekoran pengakuan yang dibuat tanpa sengaja, Mi-yeong mengambil langkah untuk mengelak Jung-hui. Hye-yeong menyiasat Jung-hui dan Han-soo secara rahsia.
Read MoreEpisode 42
Jung-hui meyakinkan Mi-yeong dengan kisah tentang ayah kandungnya. Hye-yeong menyelesaikan misteri dengan maklumat tentang Han-soo, Yeong-sil dan Yun-seok.
Read MoreEpisode 43
Cheol-su bertemu keluarga Ra-yeong. Berterima kasih atas kasih sayang dan kegembiraan yang dirasai di rumah keluarga Byun, Jung-hui memaafkan Han-soo.
Read MoreEpisode 44
Hye-yeong memberitahu penemuannya kepada ibu bapanya. Selepas Han-soo menyerah diri, Yeong-sil memberitahu anak-anaknya tentang Han-soo dan Yun-seok.
Read MoreEpisode 45
Hye-yeong menyertai Han-soo di stesen, tetapi dia menolak bantuannya. Masih digemparkan kejutan dialami, Ra-yeong berpisah dengan Cheol-su dan Mi-yeong berhenti kerja.
Read MoreEpisode 46
Hye-yeong mencari saksi untuk membuka semula kes Yun-seok. Mengenali ayah Jung-hui, seorang wartawan menghebahkan maklumat tentang masa silam dan identitinya.
Read MoreEpisode 47
Yeong-sil meminta Yu-joo agar jangan memberitahu keluarganya tentang kunjungan doktornya. Melihat wawancara terkini Han-soo, Jung-hui mengunjungi keluarganya.
Read MoreEpisode 48
Han-soo menerima tarikh perbicaraannya, dan Yeong-sil menetapkan tarikh pembedahannya. Jung-hui dan Mi-yeong menikmati janji temu mereka jauh daripada orang lain.
Read MoreEpisode 49
Yeong-sil memasuki hospital untuk pembedahan secara rahsia dengan Yu-joo di sisinya. Yun-seok meminta bekas rakan pasukannya untuk memberikan keterangan sebagai saksi.
Read MoreEpisode 50
Bok-nyeo dan Gyu-taek memberi Hye-yeong sokongan. Jung-hui mendapati dirinya terlibat dalam khabar angin cinta dengan rakan pelakonnya dan dimarahi oleh Mi-yeong.
Read MoreEpisode 51
Gyu-taek menyampaikan penghargaannya kepada Bok-nyeo. Bagi pihak Yun-seok, Hye-yeong meminta peluang daripada hakim untuk membersihkan namanya melalui perbicaraan semula.
Read MoreEpisode 52
Jung-hui melamar kepada Mi-yeong. Selepas memperoleh identiti sebenarnya, Yun-seok melepaskan Yeong-sil untuk berumah tangga dan memulakan pengembaraan sendiri.
Read More