
Season 1 (2018)
← Back to season list
Episodes 20
The Wives Celebrate
Apablia Yeong-jae diterima untuk memasuki sekolah perubatan terkemuka, ibu lain rasa iri hati dengan ibunya. Mereka ingin tahu caranya berjaya.
Read MoreYeong-jae’s Tablet
Semua masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Sementara itu, sebuah keluarga baharu dengan latar belakang dan nilai yang sangat berbeza berpindah ke Sky Castle.
Read MoreWinds Of Change In Sky Castle
Han Seo-jin bersemuka dengan penyelaras peperiksaan kemasukan. Lee Su-im menyertai kelab membaca Sky Castle, namun kelab bukan seperti yang dia harapkan.
Read MoreSeo-jin’s Crumbling Pride
Sky Castle teruja tentang undian yang belum dikira tapi Cha Min-hyeok berasa yakin. Seo-jin akan berbuat apa-apa saja malah merendahkan martabatnya buat Ye-seo.
Read MoreAt Any Cost
Seo-jin terserempak dengan Yeong-jae dan cuba berbincang. Su-im memikirkan hal yang perlu dilakukan tentang Ye-bin. No Seung-hye dan Min-hyeok bergegas merancang pelan B.
Read MoreMeritocracy
Seung-hye mencabar Min-hyeok secara berdepan. Seo-jin fikir masalah telah selesai tetapi terlupa tentang Kang Jun-sang. Ye-bin terjumpa penasihat yang tidak disangka.
Read MoreNever-ending Rivalry
Su-im dan Ye-bin terkejut dengan penemuan mereka. Seung-hye dan Su-im berspekulasi tentang Yeong-jae dan keluarganya. Kim Ju-yeong menyedarkan Ye-seo akan kedudukannya.
Read MoreAt Gunpoint
Rakan bertanding Kim Hye-na dan Hwang U-ju menjadi kegemaran pilihan raya sekolah, tetapi Seo-jin berkomplot dengan Min-hyeok untuk memastikan anak-anak mereka menang.
Read MoreA Celebration Party
Kang Jun-sang dan Seo-jin mengadakan jamuan makan malam untuk menunjuk di depan pasangan lain, tetapi suasana menjadi tegang apabila buku Su-im yang baharu dibincangkan.
Read MoreKwak Mi-hyang’s Reveal
Jawapan Seo-jin membuatkan Kim Ju-yeong marah dan mengetuai pertuduhan terhadap Su-im. Namun dia terpaksa menerima pelbagai akibat daripada perbuatannya.
Read MoreHye-na’s Arrival
Seo-jin mengalah dan Hye-na pindah masuk sebagai tutor Ye-bin, namun Seo-jin menemukan perkara yang mengejutkan. Su-im bertemu bapa Yeong-jae untuk mendengar ceritanya.
Read MoreAnother Daughter
Su-im mendengar fakta aneh perihal Kim Ju-yeong. Kemarahan Seo-jin memuncak. Min-hyeok bangga mendengar cerita anaknya, tapi Seung-hye mendapati ada hal yang tak kena.
Read MoreCoach Kim’s Past
Luluh hati setelah mengetahui tentang kehidupan Se-ri di Cambridge, Seung-hye bimbang ini akan memberi kesan kepada Min-hyeok. Yeong-jae meminta sesuatu daripada Su-im.
Read MoreYe-seo In Coach Kim’s Grasp
Seo-jin mengecam Kim Ju-yeong namun menyedari dia tidak dapat melawan kebiadaban anaknya sendiri. Seung-hye merenung kembali pilihannya dan tekad dengan keputusannya.
Read MoreHye-na’s Death
Hye-na dikejarkan ke hospital namun Jun-sang mengarahkan Hwang Chi-yeong menguruskan pesakit lain. Seo-jin bertanyakan Ye-seo akan perkara yang dia lakukan di parti itu.
Read MoreU-ju’s Arrest
Tidak peduli jika U-ju dikorbankan, Seo-jin merayu Kim Ju-yeong untuk menyelamatkan anaknya, namun Ye-seo bertegas dia tidak bersalah. Su-im menyedari motif jahat.
Read MoreDevastated Jun-sang
Jun-sang menegur Seo-jin dan ibunya tentang Hye-na. Seo-jin mengucapkan kata-kata kasar kepada Kim Ju-yeong tapi cuma satu perkara dalam fikirannya: masa depan Ye-seo.
Read MoreSeo-jin’s Confession
Su-im merayu kepada Seo-jin yang kekal tidak berganjak. Ye-bin meluahkan perasaan kepada ibunya. U-ju mahu mengetahui sebab dia perlu memaafkan Seo-jin.
Read MoreGoodbye, Sky Castle
U-ju mengumumkan akan berehat sebentar daripada bersekolah. Jun-sang bersara dan Seo-jin sedia meninggalkan Sky Castle. Seung-hye bertahan dan buku Su-im diterbitkan.
Read More